Assalamualaikum Sahabat Sekalian,
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk berada di
dalam tarbiah Ramadhan. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik daripada
tahun yang sebelumnya.
Alhamdulillah, sekali lagi saya ingin panjatkan kesyukuran.
Saya telah kembali dikurniakan, kekuatan, kemahuan dan kehendak untuk
meneruskan usaha kecil-kecilan saya menjual kerongsang. Saya telah
mengusahakannya selama hampir 3 tahun secara offline. Pelanggan saya terdiri
daripada sahabat, rakan & kenalan di pejabat saya. Terima kasih saya ingin
ucapkan kepada mereka kerana telah banyak menyokong menjayakan perniagaan
kecil-kecilan saya ini. Tanpa mereka, usaha saya tiada ertinya.
Kini, saya ingin mengorak langkah mengusahakan secara online
juga. Oleh itu, saya namakan koleksi kerongsang yang saya miliki sebagai Pesona
Kerongsang. Sehubungan itu, saya telah membina fan page Pesona Kerongsang di
face book. Seandainya sahabat berminat
untuk melihat koleksi Pesona Kerongsang, sahabat boleh melawatnya di sini.
Jangan lupa LIKE jika sahabat menyukai koleksi Pesona Kerongsang.
Buat masa sekarang, pilihan di Pesona Kerongsang belum
begitu banyak. Namun begitu, saya akan menambah secara berperingkat koleksi di
Pesona Kerongsang. Saya cukup sedar, kepelbagaian pilihan kerongsang sangat
mempengaruhi keputusan bakal pelanggan untuk membeli ataupun tidak. Ia juga
akan mempengaruhi secara langsung perkembangan Pesona Kerongsang.
Saya dan Pesona Kerongsang akan menawarkan pelbagai jenis
rekaan kerongsang yang cantik, menarik dan terkini untuk dimiliki oleh bakal
pelanggan Pesona Kerongsang. Insya-Allah, Pesona Kerongsang akan menawarkan
dengan harga yang sangat ekonomis dan berbaloi untuk dimiliki semua.
Semua kerongsang di Pesona Kerongsang akan dilengkapi dengan
kotak bagi memudahkan pelanggan untuk menjaga dan menyimpannya.
Apa lagi, jom beli kerongsang hanya di Pesona Kerongsang.
Salam Sayang,
Amizah Rahim @ Pesona Kerongsang