Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sekian lamanya blog ini terbiar sepi. Bukan tiada cerita yang ingin dikongsi, namun masa untuk mengolah cerita seakan-akan tiada.
Sempena tahun baru hijrah ini, inshaAllah saya cuba sedaya upaya untuk sentiasa update blog ini. Setidak-tidaknya satu entri seminggu. Agar ia tidak terlalu lama sepi dan kosong.
Mungkin juga saya terlampau ralit dengan facebook. Sehingga menghiraukan perkongsian di sini. Sibuk membaca status orang dangan meninggalkan rumah yang pernah dibina.
Doakan saya istiqamah berkongsi kisah dan cerita disini.
08 November 2013
09 March 2013
Kereta Oh Kereta
Assalamualaikum Semua.
Kita kini sudah berada dalam bulan Mac. Sekejapnya masa berlalu. Bagaimana dengan azam yang kita impikan. Sudah ada bayang atau pun belum. Azam yang paling awal yang mesti Miza capai dalam tahun ini adalah membawa kereta ke pejabat.
Seperti yang sedia maklum. Miza baru sahaja belajar membawa kereta dan baru sahaja mendapat lesen. Secara rasminya pada 27 Februari yang lalu. Di dalam plan azam Miza, Miza berazam membawa kereta sendiri menjelang Mac 2013. Ianya tidak seperti yang dirancangkan. Namun begitu sudah ada bayang-bayang yang hasrat tersebut akan ditunaikan.
Memandangkan Miza masih lagi baru mendapat lesen. Bantuan Tuan Suami sangatlah diperlukan. Dialah yang berada disebelah membantu apa yang patut.
In syaa Allah, bermula minggu depan, Miza akan membawa kereta ke tempat kerja dengan bantuan Tuan Suami di sebelah. Mohon ianya dipermudahkan.
Kereta oh kereta!
11 January 2013
Mama, nak belajar!
Malam tadi, Syamil minta saya mengajarnya abc dan membuat
aktiviti di dalam buku yang saya belikan minggu lepas. Bagi meraikan hasratnya,
saya meninggalkan kerja yang sepatutnya saya buat dan terus mengambil buku dan
membuat aktiviti bersama Syamil.
“Cuba Syamil buat yang ini”. Saya menunjukkan lembaran kerja
yang sepatutnya dia buat. “Syamil tak pandai”.
Tersentak saya mendengar jawapannya. Saya kemudian berkata, “Tidak mengapa, kalau tidak pandai,
boleh belajar, nanti mama ajarkan”. “Belajar
pun tidak pandai juga.” Syamil membalas kembali.
Mendengar
jawapan balasnya, hati saya bertambah gusar. Saya merasakan Syamil mempunya
konsep diri yang rendah, tidak berani mencuba dan takut mengambil risiko.
Sepatutnya kanak-kanak seusianya galak meneroka perkara-perkara baru dan tidak
menghiraukan kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan.
Menyedari
akan hal itu, pasti ada sesuatu yang pincang sepanjang saya mendidiknya.
Mungkin saya banyak menggunakan belaian negatif dan terlalu banyak JANGAN
sepanjang dia membesar.
Teknik
Mendorong Pelajar Corot segera menjelma didalam fikiran. Saya tahu, saya
sudah peringkat wajib mengaplikasikan teknik tersebut. Ada seorang pelajar corot yang rendah
esteemnya yang perlu saya bantu.
09 December 2012
Nadi Blog
Alhamdulillah, blog ini masih hidup. Walaupun sudah lama saya tidak mengemaskinikan isi kandungannya. Namun saya masih ingat kata laluan yang menjadi nadi kepada kehidupan blog ini.
Semoga saya diberi kelapangan waktu untuk mencoret sesuatu di sini.
20 October 2012
Tanpa Nama
Blog yang terlalu sepi dengan isi kandungan. Sesekali baru terasa ingin mencoret sesuatu di sini.
Banyak yang ingin diceritakan, namun banyak yang terbantut di kertas lakaran. Draft tulisan akhirnya menjadi makanan tong sampah.
Kadang-kadang ingin bercerita tentang sesuatu, namun ceritanya terlalu banyak sisi gelap yang tidak seharusnya diceritakan. Akhirnya hanya terpendam dilubuk hati, sesekali meluahkan pada teman yang sudi berbicara.
Rupanya blog ini bukan medan saya bercerita, mencoret suka duka kehidupan. Pahit getir sebuah kehidupan. Warna yang pelbagai. Dihiasi pelangi, dilanda awan mendung, disinari mentari pagi. Semuanya memberi warna kepada kehidupan.
Namun, saya masih ingin jadikan ia sebagai sebuah medium untuk menulis dan meluah, mungkin bahasa yang perlu diperbaiki agar cerita sisi gelap bisa ditafsir melalui sisi putihnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)