Gambar ihsan : google |
Barut bayi merupakan antara persediaan penting bagi sesetengah ibu yang baru melahirkan anak. Dikatakan dengan memakaikan barut pada anak boleh mengelakkan kembung perut. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.
Miza sendiri tidak begitu mempraktikkan penggunaan barut pada anak-anak. Baik Syamil mahupun Syakir, penggunaan barut hanya dalam tempoh berpantang sahaja. Habis pantang, tiada lagi barut buat mereka. Ia mungkin disebabkan barut yang digunakan tidak begitu elok. Barut yang Miza pakaikan pada anak-anak biasanya akan naik ke dada. Bukan lagi membarut perut sebagaimana fungsinya. Menyebabkan Miza tidak begitu seronok itu meneruskan pemakaiannya.
Faktor lain yang menyebabkan Miza tidak berminat untuk meneruskan penggunaan barut ini adalah tiada alasan kukuh dan munasabah tentang penggunaannya. Seperti yang Miza nyatakan di atas, barut dipercayai dapat mengelakkan kembung perut kepada bayi. Namun pernyataan itu boleh disanggah. Sepanjang Miza tidak memakaikan barut pada Syamil & Syakir, tiada lagi kejadian kembung perut pada mereka.
Sebab terjadinya kembung perut tidak diketahui. Secara teorinya kembung perut terjadi disebabkan oleh:-
1. Usus :
- Alah kepada protein susu lembu.
- Alah kepada laktosa.
- Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan
"angin" yang berlebihan.
- Ketidakselesaan disebabkan "angin".
2. Biologi :
- Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
- Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan
menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
3. Psikososial
- Ibu bapa yang tertekan.
4. Lain-lain
- Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Maklumat lengkap berkaitan kembung perut boleh di baca di sini.
Bagi ibu di luar sana, pilihan di tangan anda. Setiap sesuatu ada pro dan kontra. Kita tentukan apa yang ingin kita lakukan. Pastinya yang terbaik untuk anak-anak kita.
Saya barutkan anak2 dalam pantang jer, pasal barut lepas ke dada tu, bergantung pada jenis barut jugak kot, (^_*)
ReplyDeletesama la Miza pun...
ReplyDeletetp ada yg barut smp 4-5 bln... extra rajin & takut kembung perut...
saya guna juga barut,sbb nanti emak bising.Kalau ikutkan cara emak saya sampai umur 1 tahun guna barut lagi,tapi barut gantung.lagi satu pakai stokin waktu tidur malam.Anak no 1 mmg emak yg jaga,sampai umur 3 thun pakai stokin lagi tidur mlm.
ReplyDeletect...
ReplyDeletekalau pakai stokin tido mlm, xpe la..
kalau siang, kesian jg kat baby, sebab skrg ni cuaca tak menentu, kalau panas tu, panas sgt..
barut gantung cemana ek?? Miza tak tahu la plak...