13 February 2011

Mentor Mengubah Kehidupan?


Sekarang Miza sedang menonton tv, rancangan Mentor. Pada saat ini, mentor sedang mencari protégé yang bersesuaian. Pelbagai gelagat peserta yang mencuit hati. Ada yang berbakat, tidak kurang juga yang langsung tidak mempunyai bakat, tetapi mempunyai keinginan untuk menjadi artis.

Apa yang menyedihkan Miza bila ada sesetengah peserta menjadikan rancangan Mentor sebagai satu-satunya platform untuk mengubah kehidupan. Sehingga sanggup merayu-rayu kepada Mentor agar menerima mereka dengan alasan untuk mengubah kehidupan. Apakah industri hiburan sahaja yang boleh mengubah kehidupan? 

Masyarakat kita begitu teracun dengan idea pemikiran begini. Seolah-olah hanya industri hiburan sahaja yang boleh merubah kehidupan mereka. Menjadikan kehidupan yang sedikit sukar menjadi lebih senang.  Idea pemikiran begini tersebar begitu luas dikalangan masyarakat kita, lantaran pelbagai hebahan yang dibuat oleh media cetak & media elektronik. Ditambah lagi dengan lambakan program realiti tv.

Pada Miza, mengubah kehidupan bukan bergantung kepada mana-mana industri. Ia bergantung kepada diri kita sebenarnya. Diri kita adalah agen sebenar sebuah perubahan. Ubahlah diri kita, tindakan kita, pemikiran kita. InsyaAllah kehidupan kita pasti akan berubah.

No comments:

Post a Comment