Istilah ini biasanya ofismate Miza yang gunakan. Ianya merujuk kepada hari yang sibuk & banyak kerja yang perlu disiapkan.
Miza rasa hari ni agak terloncat-loncat juga la. Miza biasa sampai ofis pukul 7.30 pagi. Terus pergi bersarapan, kemudian baru memulakan kerja harian. Biasanya pergi berteman, tetapi pagi ni teman bersarapan pergi senamrobik Cergas & Anggun pulak. Terpaksa la bersarapan sorang-sorang.
Bila masuk ofis, mulalah aktiviti meloncat-loncat ni.
1.Perlu clearkan surat-surat yang diminitkan oleh boss. Bayangkan mula tengok surat pukul 8.30pagi, pukul 11 pagi baru siap semuanya. Banyak benar aktiviti sampingan.
2.Cop nama boss pada surat-surat yang telah dia tandatangan. Yang ni sekejap jer la, tapi surat untuk tandatangan boss memang akan ada sepanjang hari. Kemudian kena call diaorang pulak, suruh ambik balik surat tu. Kalau tak, den wat bungkus nasi lemak ler jawabnya. Huhuhu…
3.Menjawab panggilan telefon. Yang ni kena control suara lak. Mana tahu boss besar telepon. Apa punya PA, suara garau semacam. Tapi ada gak waktu2 yang tak terkontrol suaranya. Perlu diingat, panggilan telefon biasanya bertalu-talu masuk. Nak-nak kalu boss ada. Nasib baik hari ni hari Jumaat. Rehatnya cepat & panjang. So, tak banyak panggilan telefon yang perlu di jawab.
4. Clearkan surat-surat yang diterima melalui faks.Yang tak terbuat hari ni. Tak sempat weh..
Sebenarnya yang membuatkan Miza terloncat-loncat hari ini adalah disebabkan oleh ofismate Miza bercuti. Bila dia bercuti, secara automatiknya Miza akan buat kerja-kerja dia. Double kerja la. Tapi kerja dia lagi banyak, sebab dia jaga boss yang lebih besar. Kerja kami sama jer, jaga boss. Tetapi boss yang berbeza arr… Tak kan sorang boss 2 PA. Huhuhu…
Hari ni juga ada Mesyuarat Jawatan Kuasa Penyiasatan Bebas Kes …?? Hehehe… nama kes tak boleh dinyatakan ek. Nanti tak pasal-pasal Miza lak yang kena. Mesyuarat ni boss Miza terlibat secara langsung, so Miza kena la tolong apa yang patut bila diperlukan sahaja.
Sekian sahaja cerita Miza meloncat-loncat hari ini. Tapi jangan ingat Miza betul-betul meloncat dalam ofis tau. Tak pasal-pasal terberanak kat sini. Tak pun kena hantar kat psy, sebab ingat ada urat yang dah terputus.
Sekian.
No comments:
Post a Comment