07 March 2011

Syakir, Berat & Jaundis

Syakir @ 12 hari
Pagi tadi, JM & JT dari KK Batu Arang datang melawat lagi. Macam biasalah, periksa ibu dan bayi yang masih dalam pantang ni. Hari ini mereka menimbang Syakir, Alhamdulillah berat dia telah bertambah.. Berat waktu lahir hanya 2.3kg, setelah 12 hari dilahirkan dan menyusu susu badan sepenuhnya, berat Syakir naik ke 2.75kg. Walaupun sedikit tapi pada Miza merupakan rahmat. 

Hari ke 5, Syakir diminta ambil darah untuk melihat kadar jaundis. Kadar bacaan didapati sebanyak 175.2. Keesokkaan harinya, darah Syakir diambil lagi. Bacaannya telah turun kepada 165.9.

Pelbagai syor dan cadangan yang diberikan untuk menurunkan kadar bacaaan jaundis. Antaranya diberi minum susu kambing segar, air sengkuang cina & buah anggur, mandikan dengan daun inai dll. Namun Miza abaikan semua itu, sebab Miza percaya susu ibu sudah cukup untuk menurunkan bacaan jaundis. Alhamdulillah, kadar bacaan Jaundis Syakir terus turun dan kini hampir tiada lagi jaundis tersebut.

No comments:

Post a Comment