19 April 2011

Syamil: Bercerai Susu 1

Lebih kurang pukul 5.15 pagi tadi, Syamil bangun ingin menyusu. Dia masih menyusu badan dalam usia 2 tahun 4 bulan. Kebetulan pula, adiknya Syakir juga sedang menyusu. Apabila hasratnya terhalang, maka terpantullah suara yang maha kuat memecah keheningan pagi. “Syamil nak nenen jugaaaa….!!!”.  Raung Syamil
                
“Abang Long boleh nenen, tetapi selepas adik ya…”, Miza cuba memberitahu Syamil. Tanpa banyak soal Syamil mengangguk tanda setuju. Namun persetujuan anak berusia 2 tahun ini bukan boleh dipegang lama. Tidak berapa lama kemudian Syamil meraung lagi. Miza cuba menerangkan perkara yang sama, tetapi tidak diendahkannya. Dia terus meraung meminta haknya untuk menyusu. Miza membiarkan dia buat seketika. Biar dia meluahkan rasa, menzahirkan protes yang permintaanya tidak semudah dahulu untuk ditunaikan. Hakikatnya dia perlu mengikut giliran jika dia ingin menyusu juga dan keutamaan bukan lagi berpihak pada dia. Sebaliknya, adiknya Syakir.

Apabila Syamil telah kembali tenang. Miza dekati dia. Peluk dia dengan erat. Miza nyatakan yang kasih sayang tidak pernah berubah. Masih sama seperti dulu. Cuma kena bagi perhatian lebih kepada adik sebab adik masih kecil lagi. Kelihatan  Syamil memahami apa yang Miza cuba sampaikan. 

Dengan lembut Miza memberitahu Syamil, “Abang Long dah kena berhenti nenen tau,Abang Long sudah besar, sudah ada adik pun”. Tanpa disangka Syamil mengangguk setiap kata-kata Miza. Pada kebiasaannya kalau Miza meminta dia berhenti menyusu, dia akan menggelengkan kepala. Tanda dia belum bersedia berhenti menyusu. Apakah dia sudah bersedia untuk bercerai susu?

Tidak berapa lama kemudian, Syamil member isyarat yang dia ingin menyusu lagi. Miza segera ingatkan dia, yang dia telah bersetuju untuk berhenti menyusu. Faham apa yang Miza maksudkan, dia terus tidur. Tanpa sebarang bantahan mahupun tangisan. 

Apakah dia benar-benar bersedia untuk bercerai susu?

6 comments:

  1. Assalamua'laikum mama...

    Saya juga pernah menyusukan anak sulung sehingga umurnya 2thn 4bulan. Masa tu saya preggy anak kedua, 2/3 bulan gak. Mulanya takut tp bila search psl ni, InsyaAllah xde pape effect. Last2 kakak berenti sendiri. 3/4 hari sapu sirap kt 'anik' (panggilan anak2 untuk nenen)kakak dh boleh terima.

    Skrg saya masih menyusukn anak kedua, harap2 dpt bertahan sehingga 2 thn :)

    N, selamat berblog ye mama...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam Ummi Lin,

    Terima kasih follow blog Miza ni...
    baru lagi jd blogger ni...

    Miza harap pun Syamil boleh berhenti sendiri..
    mungkin akan ambil masa...

    ReplyDelete
  3. salam balas ziarah :)

    siannya syamil. anak sy yg sulung alhamdulillah senang je wean off. kalau jadi mcm ni mmg kesian, kan? takpe, nnt syamil fhm la tu. tak pun menyusukan kedua2nya serentak (tandem nursing)..takde la syamil mengamuk :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Nadiah
    Sudi berkunjung ke blog Miza...

    Kalau mlm susah la nak tandem nursing..
    siang boleh la, sebab boleh duduk bersandar...
    Kes malas nak bangun la ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  5. dia menyusu badan lagi ke?mesti letihkan sbb bagi dua orang.

    ReplyDelete
  6. hai ct..
    thanks datang ke blog miza

    yup, syamil masih menyusu lg...
    tp x la bersungguh sgt.. masa nk tido & tgh2 mlm jer wajib nenen..

    huhuhu...

    ReplyDelete