Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Stok EBM Syakir, 45bekas x 3oz |
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak dan mempunyai stok beku ebm yang banyak, power trip @ bekalan elektrik yang terputus merupakan satu kebimbangan dan ketakutan. Bimbang dan takut kalau-kalau bekalan elektrik lewat ada yang akan mengakibatkan stok beku ebm mencair di dalam peti sejuk.
Begitulah yang Miza rasakan malam tadi, bila tiba-tiba sahaja bekalan elektrik terputus. Elektrik tiada sekitar jam 8 malam. Pada waktu itu, kami sekeluarga sedang bersantai-santai di hadapan televisyen menonton Buletin Utama TV3. Aktiviti memasak makan malam juga belum bermula. Miza tunggu lebih kurang sejam, namun elektrik tetap tiada. Jadi kami memutuskan untuk makan malam di luar sahaja.
Sejam setengah selepas itu, kami kembali ke rumah. Alhamdulillah, elektrik sudah ada. Stok ebm Syakir pun masih elok bekunya. Tiada tanda-tanda ia mencair.
Sampai di sini sahaja cerita Miza. Terima kasih kerana sudi membaca dan sampai kita berjumpa lagi di entri yang akan datang.
Wassalam.
mmg risau kan kalau tak de letrik ni. kalau dah sampai susu cair...huhu...tak sanggup nk buang :(
ReplyDeleteitula.. walaupun stok Miza sikit jer, tetap sayang..
ReplyDelete