31 March 2011

Kenapa Saya Menyusukan Anak?


Susu ibu adalah anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada setiap wanita yang bergelar ibu. Tidak ada seorang ibu pun yang tidak boleh menyusu anaknya melainkan dia yang memilih untuk memberi susu formula.

Kenapa saya menyusukan anak saya? 
  • Saya ada susu. Sebab itu saya bagi anak saya susu.
  • Susu ibu adalah makan terbaik bayi bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Boleh diteruskan penyusuan sehingga 2 tahun. Ia mengandungi semua nutrient yang diperlukan sepanjang tempoh tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
  • Susu ibu mengandungi antibodi dan mampu melawan penyakit
  • Susu ibu dijamin 100% suci & bersih. Tidak perlu risau adanya pencemaran dalam susu.
  • Susu ibu dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
Sebenarnya banyak lagi kebaikan menyusu anak dengan susu ibu. Namun itu antara sebab kenapa saya menyusukan kedua-dua anak saya dengan susu ibu.

Selamat menyusu!

28 March 2011

Syakir Sudah Sebulan

Saya sudah sebulan
Anak mama sudah sebulan. Sekejap sahaja waktu berlalu. Mama masih terasa yang baru sangat mama melahirkan Syakir. Masih terbayang-bayang saat-saat getir melahirkan Syakir. Masih teringat-ingat jururawat memperlihatkan jantina Syakir dan terus membawa Syakir ke NICU. 

Namun itu semua sebulan yang lepas. Anak mama kini sihat, membesar bagaikan juara. Mama sangat bersyukur, Syakir dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Walaupun pada peringkat awal tidak begitu baik. Dalam usia sebulan, berat Syakir sudah mencecah 3.6kg.

Syakir menyusu sepenuhnya susu mama. Mama sekali-kali  tidak akan mencampurkan dengan susu formula. Anak mama adalah anugerah. Seharusnya anugerah ini mama jaga dengan sebaiknya. Sebaik-baik susu adalah susu mama.

Alhamdulillah, hari ini mama memulakan sesi memerah susu untuk dijadikan stok susu Syakir apabila mama mula berkerja nanti. Sesi pertama, mama hanya mendapat 1.5oz & sesi kedua 1oz. Semua sesi pemerahan itu mama lakukan selepas menyusukan Syakir. Setelah pasti anak mama telah kenyang, barulah mama mula memerah susu.

16 March 2011

Mengurut Bayi

Semenjak melahirkan anak kedua ini, semua aktiviti menjaga anak Miza yang lakukan semua. Anak pertama dahulu banyak dibantu oleh keluarga. Salah satunya adalah mengurut. Biasanya Miza lakukan selepas memandikan anak. 




Mengurut bayi mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antaranya:-

1. Mengerat jalinan kasih sayang antara ibu dan anak, membantu bayi  belajar mengenali ibunya
2. Melancarkan sistem peredaran darah dan juga sistem saraf pusat
3. Merangsang sistem imunisasi tubuh
4. Merangsang aliran oksigen dalam badan
5. Menenang dan merehatkan bayi
6. Membantu bayi tidur dengan lena & teratur
7. Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
8. Memperbaiki sistem penghadaman
9. Memudahkan penyingkiran bahan toksin
10. Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
11. Menyihatkan kulit bayi
12. Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
13. Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut, 
      membantu   menenangkan bayi)
14. Melegakan simptom seperti kembung perut, sembelit dan colic (keadaan di mana bayi kerap
      menjerit dan menangis berpanjangan dan sukar dihentikan) pada bayi
15. Bayi anda akan merasa semakin seronok dari hari ke hari apabila mula membiasakan diri
      dengan urutan dan perhatian anda

Selamat mengurut bayi anda!



1.  

07 March 2011

Syakir, Berat & Jaundis

Syakir @ 12 hari
Pagi tadi, JM & JT dari KK Batu Arang datang melawat lagi. Macam biasalah, periksa ibu dan bayi yang masih dalam pantang ni. Hari ini mereka menimbang Syakir, Alhamdulillah berat dia telah bertambah.. Berat waktu lahir hanya 2.3kg, setelah 12 hari dilahirkan dan menyusu susu badan sepenuhnya, berat Syakir naik ke 2.75kg. Walaupun sedikit tapi pada Miza merupakan rahmat. 

Hari ke 5, Syakir diminta ambil darah untuk melihat kadar jaundis. Kadar bacaan didapati sebanyak 175.2. Keesokkaan harinya, darah Syakir diambil lagi. Bacaannya telah turun kepada 165.9.

Pelbagai syor dan cadangan yang diberikan untuk menurunkan kadar bacaaan jaundis. Antaranya diberi minum susu kambing segar, air sengkuang cina & buah anggur, mandikan dengan daun inai dll. Namun Miza abaikan semua itu, sebab Miza percaya susu ibu sudah cukup untuk menurunkan bacaan jaundis. Alhamdulillah, kadar bacaan Jaundis Syakir terus turun dan kini hampir tiada lagi jaundis tersebut.

03 March 2011

24 Februari 2011

Detik yang tidak mungkin dilupakan. Pada tarikh ini Miza selamat melahirnya bayi kedua dengan selamatnya. 

Kronologi Detik Bersalin Wan Syakir Iqbal

Wan Syakir Iqbal... Beberapa jam selepas dilahirkan


5.15am  : Turun darah. Dalam hati sudah
                terasa detik bersalin hampir tiba.

6.00am   : Air ketuban pecah. Sebenarnya
                Miza belum lagi mengemas barang 
                yang perlu dibawa  ke hospital.
                Selepas ada tanda, baru  Miza 
                mula bersiap-siap.  

7.15am  : Papa Syamil yang bawa Syamil 
               ke taska. Kemudian terus ke pejabat.



8.00am                 : Masuk pejabat dan serah tugas yang sepatutnya diselesaikan hari tersebut. 
      Kemudian pergi makan.

9.00am                 : Pergi ke PAC

11.00am               : Baru dipanggil & diperiksa doctor. Bukaan 1 cm

12.00 pm              : Bukaan 4cm. Dibawa ke labour room

1.12pm                 : Wan Syakir Iqbal selamat dilahirkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang
                              memudahkan proses kelahiran