Sejak akhir-akhir ini Miza banyak mencari maklumat berkenaan dengan batuk, selsema dan demam dikalangan bayi dan kanak-kanak. Mempunyai 2 cahaya mata yang tengah membesar memerlukan ibu mempunyai setidak-tidaknya sedikit pengetahuan berkenaan gejala tersebut. Ianya selalu dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Alhamdulillah, banyak maklumat dan pengetahuan baru yang diperolehi hasil pencarian tersebut.
Sebenarnya ubat batuk dan selsema sama sekali tidak diperlukan oleh anak kecil. Menurut Dr Zubaidi, batuk dan selsema bukanlah sejenis penyakit tetapi salah satu mekanisma pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, badan kita selalunya ada refleks untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan refleks batuk dan bersin. Jika ianya bukan penyakit, maka tidak perlulah diberi ubat.
Disebabkan Miza memutuskan untuk tidak memberi ubat batuk dan selsema pada anak-anak, kaedah alternatif perlu dilakukan bagi meredakan batuk & selsema.
Syamil telah pun berusia 2 tahun 4 bulan. Dia tiada masalah untuk menggunakan ubat-ubatan. Jika ke klinik, ubat wajib yang akan dapat adalah ubat batuk, selsema, demam dan antibiotik. Namun Miza tidak berhasrat untuk bergantung pada ubat-ubatan tersebut. Apa yang Miza lakukan adalah member 1 sudu kecil madu spirulina. Alhamdulillah ada sedikit perubahan. Walaupun tidak sembuh sepenuhnya lagi.
Cerita Syakir akan menyusul nanti.
Sekadar coretan ringkas.
No comments:
Post a Comment