16 February 2011

Pengesahan Sijil Cuti Sakit



Hari ini Miza terima surat permohonan daripada sebuah syarikat untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit (MC) yang dikemukakan oleh pekerjanya. Sebenarnya surat sebegini begitu kerap diterima oleh pihak hospital. Seolah-olah ada sindiket yang menjual sijil cuti sakit.

Bagaimana Mengesahkan Sijil Cuti Sakit?

Kebiasaannya surat permohonan tersebut akan disertakan bersama salinan sijil cuti sakit. Surat ini kemudiannya akan diminitkan oleh pengarah kepada jabatan dan pegawai yang bertanggungjawab. Seterusnya jabatan tersebut akan memeriksa “carbon copy” setiap sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital. Ia biasanya berdasarkan nombor siri sijil cuti sakit tersebut. Sekiranya no siri tersebut bukan dikeluarkan oleh pihak hospital, sijil cuti sakit tersebut dianggap palsu.

Bagi anda di luar sana yang ingin membeli sijil cuti sakit, berhati-hatilah. Pihak hospital ada mekanisme untuk memeriksa sijil tersebut tulen atau palsu.

2 comments:

  1. wahhh.. ada jugak ka sindiket tu? takut toi la.. :D

    ReplyDelete
  2. ada member kepada member yang buat khidmat ni, jual MC government. tapi tak pernah beli pon... g klinik cakap x sehat, dpt la MC..hihii

    ReplyDelete