20 August 2011

Follower Ku Hilang

Miza kepeningan memikirkan kemana hilangnya senarai follower. Dah la pengikutnya ciput jer. Kalau hilang tatau cemana nak jejak.

Nasib baik ada pak Google, leh tanya2 cemana nak buat. Harap2 lepas ni senarai kawan-kawan maya Miza tak hilang lagi.

Bye semua.

14 August 2011

Bisnes Bulan Puasa

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sekejap je masa berlalu. Hari ini sudah 14 Ramadhan, bermakna sudah 14 hari kita berpuasa dan kita ada lebih kurang 14 hari lagi untuk menyambut syawal.

Bagaimana persiapan raya kawan-kawan semua. Semua dah ada ke? Miza sendiri belum lengkap sepenuhnya. Khususnya baju anak-anak. Tahun ni insyaAllah sedondon biru kami sekeluarga. Hehehe... tak sabar nak bergambar ngan Syamil & Syakir.

Biskut raya, Miza tunjukkan aje. Ramai je kawan-kawan pejabat yang tiba-tiba menjadi usahawan biskut raya. Sebagai menyokong usaha mereka, Miza menempah apa yang patut. Tapi, tahun ni Miza lebih berhemah dalam membeli biskut raya. Bukan main tunjuk je. Tak nak la jadi macam tahun lepas, lepas raya semua pokai. Kocek kosong takde isi.

Miza sendiri, macam biasalah, bisnes brooch. Tak raya pun Miza jual brooch ni. Nak raya, lagi la kena jual. Cari duit lebih nak bayar biskut raya. Pi mai, pi mai tang tu juga duitnya. Hehehe... Owh yer, kalau ada kawan-kawan yang nak lihat koleksi brooch Miza, boleh la ke blogshop Miza di sini ek. Kalau ada yang berkenan, boleh la bagitahu Miza. jangan segan-segan tau.

Kawan-kawan sendiri macam mana? Ada yang buat bisnes sampingan tak bulan puasa ni??

Ok la, sampai di sini dulu coretan Miza. Semoga kita berjumpa lagi.

13 August 2011

Conteng-Contengan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Terlalu lama rasanya Miza tidak bersiaran. Keterbatasan waktu dan ketiadaan idea untuk menulis menjadikan blog ini sepi daripada coretan pemiliknya. Sedaya upaya Miza ingin menjadikan blog ini terus wujud dipersada maya.

Dikesempatan ini Miza ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia. Walau agak terlambat, tetapi masih di dalam bulan Ramadhan. Jadi Miza masih boleh mengucapkannya. Semoga puasa kita lebih baik daripada sebelumnya.

Miza tiada apa sebenarnya ingin bercerita. Setakat ini dulu buat hari ini. Moga Miza dikurniakan ilham untuk mencoret, ada kesempatan masa untuk mencatat setiap perjalanan kehidupan ini.

Sehingga kita bertemu kembali.