20 December 2011

Sebuah Hasrat

Blog merupakan medan perkongsian ilmu yang hebat jika digunakan dengan sebaik mungkin. Ia juga menjadi tempat luahan perasaan, tempat memberi pendapat, tempat bergosip dan pelbagai lagi. Ia bergantung kepada niat dan tujuan penulis blog berkenaan.

Isu keibubapaan dan pendidikan awal anak menjadi topik yang sangat menarik untuk ditekuni. Ianya yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Kegagalan memberi pendidikan awal akan memberi kesan kepada pembentukan keperibadian anak dimasa akan datang.

Mengikut Islam, pendidikan anak-anak bermula daripada calon memilih ibu atau bapa kepada anak-anak tersebut. Kemudian pendidikan diteruskan bila siibu sedang mengandungkan anak. Sehinggalah proses kelahiran. Kemudian peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya menjadi dewasa.

Namun, blog perkongsian yang membincangkan khusus berkenaan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak-anak agak terhad. Sedangkan diluar sana ramai ibu bapa muda yang tercari-cari input untuk dipraktikkan didalam pendidikan anak-anak.

Hati terdetik ingin menulis berkenaan topik berkenaan khusus untuk rujukan dan panduan diri sendiri. Semoga ianya memberi manfaat.

”Ya Allah, permudahkan hasrat hambaMu ini. Ameen”.

15 December 2011

Coretan Cerita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Ibarat makan biskut chipsmore. Sekejap ada kemudian lama menghilang. Kalau ingin diberitahu sebabnya mesti berjela alasan yang ditulis sebagai perlindungan diri. Apapun Miza masih bersiaran dari jauh. Membaca blog kawan-kawan tanpa meninggalkan jejak. 

Sekejap tadi Miza berchit chat dengan kawan lama, satu sekolah dulu. Muka Buku menemukan kami. Intisari perbincangan mengenai kisah lalu dan kisah kini. Kisah kininya dia seorang "Wealth Planner". Kenapa ya, dalam fikiran Miza beranggapan dia hendak menjual produk pada Miza? Huhuhu... 

Syakir

Sudah pelbagai jenis puting yang Miza cuba bagi, tetapi dia masih tidak mahu menyusu melalui botol. Apa yang Miza buat adalah membancuh nestumnya dengan EBM. 

Diusia 9 bulan, dia sudah pandai merangkak. Kalau diikutkan kemahiran pergerakan "motor" ini agar lewat jika dibandingkan dengan Syamil.




Syamil

Syamil telah bercerai susu ibu sepenuhnya. Miza merancang untuk menceraikan susu apabila Syamil berusia 3 tahun. Apabila melihat adiknya kalah setiap kali sesi penyusuan, memaksa Miza menceraikan susu Syamil lebih awal daripada masa jangkaan. Sebenarnya Miza ingin membuat entri khusus bagaimana proses perceraian ini berlaku. 

Kata orang, bila kita menyusukan abang dan adik serentak, kita hanya boleh menceraikan susu si abang apabila adiknya juga bercerai susu. Dalam kes Syamil, Miza menceraikan susu dengan Syamil tetapi meneruskan penyusuan dengan Syakir. InsyaAllah bila berkesempatan nanti Miza cuba menulis entri berkenaan.

Brooch

Alhamdulillah, minggu ini Miza berkesempatan memasukkan gambar-gambar brooch terbaru di dalam blogshop juga di dalam facebook. Namun pemasaran agak lembab sedikit. InsyaAllah Miza akan cuba atasi sedikit masa lagi.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan Miza yang lama menghilang, kemudian muncul kembali. Kemudian hilang lagi. InsyaAllah Miza akan cuba konsisten menulis. Termasuk dalam senarai azam tahun baru, menulis secara konsisten diblog. Satu entri setiap hari. InsyaAllah Miza cuba usahakan.

Jika kawan-kawan punya idea, mohon dikongsi bersama, apa "content" yang sesuai dikongsi di blog ini.

Setakat ini dahulu, sehingga kita bejumpa lagi.

Wassalam