28 July 2012

Pesona Kerongsang Mengorak Langkah


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk berada di dalam tarbiah Ramadhan. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.

Alhamdulillah, sekali lagi saya ingin panjatkan kesyukuran. Saya telah kembali dikurniakan, kekuatan, kemahuan dan kehendak untuk meneruskan usaha kecil-kecilan saya menjual kerongsang. Saya telah mengusahakannya selama hampir 3 tahun secara offline. Pelanggan saya terdiri daripada sahabat, rakan & kenalan di pejabat saya. Terima kasih saya ingin ucapkan kepada mereka kerana telah banyak menyokong menjayakan perniagaan kecil-kecilan saya ini. Tanpa mereka, usaha saya tiada ertinya.

Kini, saya ingin mengorak langkah mengusahakan secara online juga. Oleh itu, saya namakan koleksi kerongsang yang saya miliki sebagai Pesona Kerongsang. Sehubungan itu, saya telah membina fan page Pesona Kerongsang di face book. Seandainya sahabat  berminat untuk melihat koleksi Pesona Kerongsang, sahabat boleh melawatnya di sini. Jangan lupa LIKE jika sahabat menyukai koleksi Pesona Kerongsang.

Buat masa sekarang, pilihan di Pesona Kerongsang belum begitu banyak. Namun begitu, saya akan menambah secara berperingkat koleksi di Pesona Kerongsang. Saya cukup sedar, kepelbagaian pilihan kerongsang sangat mempengaruhi keputusan bakal pelanggan untuk membeli ataupun tidak. Ia juga akan mempengaruhi secara langsung perkembangan Pesona Kerongsang.

Saya dan Pesona Kerongsang akan menawarkan pelbagai jenis rekaan kerongsang yang cantik, menarik dan terkini untuk dimiliki oleh bakal pelanggan Pesona Kerongsang. Insya-Allah, Pesona Kerongsang akan menawarkan dengan harga yang sangat ekonomis dan berbaloi untuk dimiliki semua.

Semua kerongsang di Pesona Kerongsang akan dilengkapi dengan kotak bagi memudahkan pelanggan untuk menjaga dan menyimpannya.

Apa lagi, jom beli kerongsang hanya di Pesona Kerongsang.

Salam Sayang,

Amizah Rahim @ Pesona Kerongsang

08 July 2012

Car Boot Sale BTP - Kali pertama

Alhamdulillah, saya dapat juga menyertai Jualan Bonet Kereta ini. Pada mulanya kami seakan akan membatalkan rancangan tersebut, memandangkan awal paginya dan membawa ke pagi. Namun menjelang 7.00 pagi, hujan semakin reda dan kami memutuskan untuk meneruskan rancangan asal kami.

Sememangnya barang telah kami siap daripada awal lagi. Hanya mengambil dan memasukkan ke dalam bonet kereta. Anak-anak sangat teruja, sebab dapat keluar menaiki kereta seawal pagi.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 8.20 pagi. Kami terus membuka meja lipat dan menyusun kerongsang seadanya. 

Memandangkan awal paginya hujan, maka jalan masih lagi kebasahan. Namun itu tidak menghalang kebanyakan penjual untuk meneruskan Jualan Bonet Kereta. Kelihatan mereka tekun menyusun dan mempamerkan barang jualan masing-masing.

Awalnya seperti tiada sambutan. Namun menjelang pukul 10.00 pagi sudah ramai yang berkunjung. Ada yang sekadar "window shopping", tidak kurang juga yang membeli. Di Jualan Bonet Kereta kami, alhamdulillah ada juga yang membeli.

Itu sudah memadai untuk jualan kami kali pertama. InsyaAllah, kami akan sertai lagi.

Sekian.

07 July 2012

Car Boot Sale @ Bandar Tasik Puteri

Assalamualaikum Sahabat Maya sekalian,



InsyaAllah, esok saya akan mengadakan jualan di Car Boot Sale Bandar Tasik Puteri. Saya ingin membuat jualan penghabisan stok kerongsang.

Ini merupakan penyertaan saya kali yang pertama. Saya sangat berharap agar ia mendapat sambutan dan kerongsang saya dapat dijual sepenuhnya.

Tuan/puan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi jualan Car Boot Sale. Butiran program adalah seperti berikut:

Tempoh program : Diadakan pada setiap hari Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Hadapan Restoran D'Myra

Doakan permulaan saya bermula dengan baik dan berakhir dengan baik. Sekali lagi saya ingin menjemput sahabat sekalian ke Car Boot Sale BTP jika berkelapangan.

Sekian.