23 February 2011

Yang Perlu Di Bawa Ke Hospital

Memasuki minggu ke 38, seharusnya persiapan barangan yang perlu dibawa ke hospital telah siap sedia. Pada waktu ini, bila-bila masa sahaja proses kelahiran boleh berlaku. Ibu-ibu mengandung seharusnya tahu dan sedar akan hal ini.

Mari kita lihat apa barangan yang perlu kita bawa ke hospital.

Barang-Barang Ibu

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

Kad Pengenalan
Buku Rekod Kesihatan Ibu (Pink)
Surat Jaminan daripada majikan


Keperluan Peribadi Ibu

Tuala mandi
Tuala wanita
Baju / blaus / tshirt
Kain batik / skirt labuh
Seluar dalam pakai buang
Coli khas untuk menyusu
Pelapik coli
Set mandian
Minyak angin
Selipar tandas
Stokin
Tudung

Bayi

Baju (Lengan panjang & pendek)
Lampin pakai buang
Booties & mittens
Selimut
Kain lampin
Tuala mandi
Set mandian
Sapu tangan
Tisu lembab

Ini adalah senarai barangan yang akan saya bawa ke hospital nanti. Bagi ibu-ibu di luar sana, anda boleh mengubahsuai senarai ini mengikut keperluan. 

Selamat menjadi IBU

22 February 2011

Janji Seorang Dato’

Semalam Miza ada aturkan temujanji seorang dato daripada sebuah Dewan Perniagaan Melayu dari sebuah negeri yang berdekatan. Yang pastinya bukan dari Selangor. Temujanji tersebut tentunya antara dato’  dan boss Miza pada hari ini. Telah dipersetujui pada pukul 12 tengahari. Setengah jam sebelum pukul 12, PA dato’ telefon Miza memaklumkan bahawa dato’ mungkin sampai lewat sedikit. Sekitar 5 ke 10 minit.

12.30 pm telah berlalu. Namun bayang dato’ tersebut belum kelihatan. Miza terus menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya. Jam menghampiri 1.00pm, namun dato’ yang ditunggu tidak kunjung tiba. Pada anggapan Miza, ia mungkin tidak berlangsung, memandangkan ia telah terlewat hampir sejam.

Jam 1.00 pm. Ya! Masa untuk berehat. Pada waktu inilah dato’ tersebut muncul. Beliau memaklumkan yang dia ada temujanji dengan Boss pada hari ini. Sengaja Miza bertanya waktu temujanji sepatutnya. Hehehe… Kemudian Miza memaklumkan kedatangan dato’ pada Boss dan dia membenarkan dato’ tersebut berjumpa dengannya. 

Begitulah janji seorang dato’!!

21 February 2011

Ibu Ratu Hatiku


Ibu… ibu… engkaulah ratu hatiku
Bilaaa ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu… ibu… engkaulah ratu hatiku

Menjadi ibu merupakan detik terindah bagi setiap wanita.

Saat Miza menjadi ibu, rasa sangat teruja. Rasa tidak percaya pun ada. Bayangkanlah, kita mengandung 9 bulan. Dengan segala susah payah. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, bagaimana dia di alam rahim. Tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasa kehadirannya.

Sentiasa bertanda tanya, berteka-teki dengan bayi di dalam perut.  Seribu persoalan sentiasa bermain di dalam benak seorang ibu. Namun segala teka teki tersebut terjawab saat kita melahirkan anak.

Walau bagaimana rupanya, itulah cinta hati kita yang akan dibelai, disayang & ditatang bagai minyak yang penuh.

Kian hampir menimang cahaya mata kedua. Doakan semuanya selamat.

20 February 2011

Ketakutan Yang Menghantui

Setiap ibu mengandung akan melalui fasa melahirkan anak. (Jika tidak keguguran) Tinggal lagi secara normal atau sebaliknya. Mendekati minggu ke 38 ini, Miza terasa seram sejuk. Dalam hati terasa takut untuk melalui proses kelahiran tersebut. Walaupun ini merupakan kehamilan yang kedua, tetapi rasa takut masih ada. Kata orang, melahirkan anak itu, ibarat bertarung dengan nyawa sendiri. Risiko tetap ada.

Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza. Ada yang senang, ada dengan bantuan dan juga melalui pembedahan. Semua proses kelahiran ada risikonya yang tersendiri.

Doa dan harapan agar kelahiran bayi yang kedua ini selamat semuanya. Ameen.

Sumber : www.infosihat.gov.my



16 February 2011

Pengesahan Sijil Cuti Sakit



Hari ini Miza terima surat permohonan daripada sebuah syarikat untuk mengesahkan ketulenan sijil cuti sakit (MC) yang dikemukakan oleh pekerjanya. Sebenarnya surat sebegini begitu kerap diterima oleh pihak hospital. Seolah-olah ada sindiket yang menjual sijil cuti sakit.

Bagaimana Mengesahkan Sijil Cuti Sakit?

Kebiasaannya surat permohonan tersebut akan disertakan bersama salinan sijil cuti sakit. Surat ini kemudiannya akan diminitkan oleh pengarah kepada jabatan dan pegawai yang bertanggungjawab. Seterusnya jabatan tersebut akan memeriksa “carbon copy” setiap sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital. Ia biasanya berdasarkan nombor siri sijil cuti sakit tersebut. Sekiranya no siri tersebut bukan dikeluarkan oleh pihak hospital, sijil cuti sakit tersebut dianggap palsu.

Bagi anda di luar sana yang ingin membeli sijil cuti sakit, berhati-hatilah. Pihak hospital ada mekanisme untuk memeriksa sijil tersebut tulen atau palsu.