04 May 2011

Kita Serumpun

Gambar Ihsan : Google


Dalam sehari dua ni Miza ralit membaca sejarah Bangsa Melayu. Bagi Miza ianya sangat menarik. Kita boleh mengetahui susur galur keturunan kita di nusantara ini. Jika anda juga berminat ingin mengetahuinya boleh la berkunjung ke blog Alter Terahsia Bangsa Melayu ini.

Dengan ini terjawab sudah persoalan yang sentiasa bermain di minda. Jika anda perasan lagu Rasa Sayang ada dalam versi Malaysia dan Indonesia. Malah banyak lagi lagu-lagu rakyat dan kebudayaan kita ada persamaan dengan Indonesia. Sehingga sesetengah rakyat Indonesia mengatakan kita mencuri hak milik mereka.

Hakikatnya kita bangsa serumpun. Bangsa Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, rakyat Indonesia mahupun Malaysia bebas mendiami di mana-mana tempat di nusantara ini. Tanpa dipisahkan oleh geografi negara. Kita bebas berhijrah dan pastinya membawa sekali adat dan kebudayaan kita. Maka tidak hairanlah jika di Indonesia ada wayang kulit dan kain batik begitu juga di Malaysia. Ada sesetengah tempat di Indonesia, rakyatnya bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. Berkemungkinan besar rakyat Kedah dan Kelantan bermigrasi ke sana.

Jadi, tiada siapa maling dalam hal ini. Ini kerana kita adalah bangsa yang serumpun. Membawa adat dan kebudayaan yang sama.

6 comments:

  1. kebanyakan orang melayu malaysia keturunannya dari indonesia jugak..yg betul2 asal kat semenanjung tanah melayu ni orang asli kan

    ReplyDelete
  2. jom join giveaway ini pula ct tag mama syamil
    http://redribbonboutique.blogspot.com/2011/04/red-ribbon-followers-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. salam kenal tuan rumah. saya datang dari blog anamarza. jalan2 cari kawan.

    ReplyDelete
  4. Ana...
    mungkin la kot...
    Miza x pasti la... hehehe..

    ct...
    InsyaAllah Miza usahakan...

    Jemarioren...
    terima kasih sudi datang sini...

    ReplyDelete
  5. terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

    Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu,
    Ni Nadh nak promote contest, Aku Ingin Berubah sahabat Nadh.

    Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

    ReplyDelete
  6. nadh...
    thanks sebab suka ngan blog miza...
    blog peribadi jer pun

    luahan hati seorang mama... hehehe

    ReplyDelete