24 May 2011

Sedap Macam Milo

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Hari ini Miza ingin berkongsi cerita. Kisahnya begini... Semalam, selepas En. Wan pulang daripada kerja, kami sekeluarga keluar mencari puting susu si Syakir. Dalam perjalanan ke kedai, En. Wan berbual-bual dengan anak terunanya.

En. Wan: Abang Long, sedap ke hisap nenen?
Syamil: Sedap..
En. Wan: Yer ke sedap?
Syamil: Sedap... macam milo

Terkejut kami mendengarnya. Itulah kali pertama kami mendengar Syamil menggunakan perumpamaan sebegitu. Jika sebelum-sebelum ini, dia akan mengatakan sedap sahaja tanpa menghurai lebih lanjut.

Jika anda seorang ibu, susuilah anak dengan susu ibu. Nikmat 'bonding' antara anak dan ibu sukar dihuraikan. Itulah cerita Miza untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

3 comments:

  1. hehe pandai syamil.. saya sempat susu kan anak masa umur dia 3 bulan je kak. lepas tu langsung dia tak nak

    ReplyDelete
  2. ibu qaleesya: xpe.. anak yg akan datang cuba susukan.. seronok menyusukan anak ni...bonding kuat...

    ReplyDelete