26 May 2011

Syakir 3 Bulan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ini Miza bekerja separuh hari sahaja. Ini kerana miza perlu membawa syakir untuk pemeriksaan kesihatan bulanannya.

Sesampai di taska, Miza dimaklumkan yang Syakir mogok lapar hari ini. Susu banyak dibuang daripada diminum. Miza tertanya-tanya kenapa keadaan seperti ini boleh berlaku. 3 hari sebelum ini Syakir tiada masalah menyusu melalui botol. Namun persoalan itu tiada jawapannya. Hanya meneka dalam kesamaran.

Ok sambung cerita. Selepas itu Miza membawa Syakir ke klinik kesihatan. Setelah ditimbang, berat syakir sudah mencecah 4.9kg. Alhamdulillah. Walaupun tidak naik secara mendadak, paling tidak ada peningkatan berat badan.

Sekarang Syakir sudah pandai berbual-bual dan sangat rajin mengajak mamanya bersembang. Tentunya menggunakan bahasa bayinya. Sesekali dia tersenyum & tersengih menampakkan gusinya yang tidak bergigi. Benarkan, anak itu anugerah. Saat dia tersenyum, hilang seketika penat seharian bekerja. Keletah mereka menghiburkan.

Selain itu, Syakir sudah mula belajar mengiring & membalikkan badan. Mungkin dia sudah mahu meniarap. Syakir juga sangat suka bermain dengan lidah. Seolah-olah dia seorang sahaja yang ada lidah.

Miza sudah mengantuk, setakat ini dahulu cerita Syakir. Terima kasih kerana sudi membaca. Sampai berjumpa lagi.

3 comments:

  1. salam perkenalan...

    anak mmg anugerah yg x ternilai dr-NYA kan? Bila penat2 balik kerja..tgk anak, terus hilang letih

    ReplyDelete
  2. kesiannya syakir, mgkn sbb keliru puting tu yg syakir takmo minum susu...cubalah try puting yg lembut tu...takpe pelan2 nnti minumlah dia tu

    ReplyDelete
  3. salam pertama kali ke sini kak...

    moga anak besar jadi orang yang soleh dan solehah =)

    ReplyDelete