23 May 2011

Syakir Telah Ditinggalkan

Assalamualaikum

Syakir berlatih minum botol
Hari ini Syakir memulakan latihan untuk ditinggal-tinggalkan oleh mama dia. Kami suami isteri bersetuju meletakkan Syakir di taska sebelum Miza memulakan kerja. Itu pun separuh hari sahaja. Sekitar pukul 2 nanti Miza mengambil kembali Syakir. Memandangkan taska tersebut berdekatan dengan rumah.

Alhamdulillah, Miza dimaklumkan hanya Syakir seorang sahaja bayi yang belum boleh merangkak yang ada di taska tersebut. Untuk makluman, taska tersebut mengasingkan bayi dan kanak-kanak asuhan mereka kepada 3. Iaitu bayi yang belum boleh merangkak, bayi yang boleh merangkak dan kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2 tahun ke atas. Ini bermakna tumpuan hanya kepada Syakir seorang.

Apa yang merisaukan Miza, sekiranya Syakir tidak mahu menyusu melalui botol. 3 bulan dia hanya "direct feeding", kemungkinan untuk dia menolak adalah tinggi. Harapnya Syakir dapat membiasakan diri dan boleh menyusu melalui botol.

"Syamil, Syakir... mama tetap sayangkan kalian walaupun mama terpaksa tinggalkan kalian di taska".

5 comments:

  1. Maslah jugak kalau nak tinggal anak yg biasa direct feeding ni, harap syakir tak banyak ragam la, boleh faham situasi terpaksa ditinggalkan (*_-)

    ReplyDelete
  2. Itulah Ana, risau dia menolak.. dah la menangis boleh tahan gak tu... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah..semuanya pasti boleh..Tapi baby ni pandai kalau mak dia yg bagi botol dia reject..Tu yg kena suruh org lain buatkan...Maria dah ada pengalaman ajar anak guna botol..2 BULAN gak la baby sitter tu ambik masa ajar dia..Seb baik la babysitter penyabar..

    ReplyDelete
  4. Maria: sebab tu miza x ajar dia minum botol kat rumah, bg botol jer dia tolak, ngan papa dia pun tolak gak...

    harap2 xde masalah la...

    ReplyDelete