14 August 2011

Bisnes Bulan Puasa

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sekejap je masa berlalu. Hari ini sudah 14 Ramadhan, bermakna sudah 14 hari kita berpuasa dan kita ada lebih kurang 14 hari lagi untuk menyambut syawal.

Bagaimana persiapan raya kawan-kawan semua. Semua dah ada ke? Miza sendiri belum lengkap sepenuhnya. Khususnya baju anak-anak. Tahun ni insyaAllah sedondon biru kami sekeluarga. Hehehe... tak sabar nak bergambar ngan Syamil & Syakir.

Biskut raya, Miza tunjukkan aje. Ramai je kawan-kawan pejabat yang tiba-tiba menjadi usahawan biskut raya. Sebagai menyokong usaha mereka, Miza menempah apa yang patut. Tapi, tahun ni Miza lebih berhemah dalam membeli biskut raya. Bukan main tunjuk je. Tak nak la jadi macam tahun lepas, lepas raya semua pokai. Kocek kosong takde isi.

Miza sendiri, macam biasalah, bisnes brooch. Tak raya pun Miza jual brooch ni. Nak raya, lagi la kena jual. Cari duit lebih nak bayar biskut raya. Pi mai, pi mai tang tu juga duitnya. Hehehe... Owh yer, kalau ada kawan-kawan yang nak lihat koleksi brooch Miza, boleh la ke blogshop Miza di sini ek. Kalau ada yang berkenan, boleh la bagitahu Miza. jangan segan-segan tau.

Kawan-kawan sendiri macam mana? Ada yang buat bisnes sampingan tak bulan puasa ni??

Ok la, sampai di sini dulu coretan Miza. Semoga kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment