05 November 2011

Dalam Persimpangan

Akhirnya Miza memutuskan untuk memadamkan semua entri di dalam blogshop. Sebenarnya Miza keliru dengan pengurusan produk. Yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan. Buat makluman, Miza ada jualan brooch secara kecil-kecilan di pejabat. Miza mula menjualnya bermula Februari 2010 dan sehingga kini. Miza berhasrat untuk menjual secara online juga.

Ia menjadi isu bila Miza tidak tahu yang mana patut Miza dahulukan. Adakah menjual dahulu di pejabat dan bakinya dimasukkan ke dalam blog dan fan page atau masukkan gambar ke dalam blog dan fan page terlebih dahulu dan kemudiannya dijual di pejabat.

Sekiranya Miza membawa brooch ke pejabat terlebih dahulu, tidak semua brooch dapat diambil gambarnya untuk dimasukkan ke dalam blog dan fan page. Ia juga akan bergerak daripada satu jabatan ke jabatan yang lain. Ia agar sukar untuk memastikan stok yang ada untuk diletakkan status di dalam blogshop dan fan page . Keadaan ini menyebabkan  Blogshop dan fan page Miza  kelihatan usang dan bersawang kerana kelihatan seperti tiada stok dan tidak dikemaskini. Juga menggambarkan peniaganya tidak bersungguh-sungguh. Walhal stok brooch sememangnya akan ditambah setiap bulan.

Sekiranya Miza memutuskan untuk 'upload' gambar ke dalam blog dan fan page. Biasanya gambar tersebut akan menjadi pekasam. Sebab Miza selalu menangguhkan untuk mengambil gambarnya. Disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan Miza menangguhkan untuk mengambil gambarnya. Masa merupakan sebab yang utama. Hanya hujung minggu sahaja Miza boleh melapangkan masa untuk mengambil gambar. Itu pun jika tidak diganggu oleh anak-anak. Iaitu sewaktu mereka sedang tidur. Berapa lama sangat masa yang adakan? Adalah menjadi naluri anak untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh ibu mereka. 

Akhirnya Miza mengalah dan membawa semua brooch itu ke pejabat dan menjualnya seperti biasa. Begitulah senario yang berlaku dalam beberapa bulan ini.

Apapun Miza ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha. Tahun ini kami beraya di Rawang Selangor sahaja.

No comments:

Post a Comment