03 November 2011

Setakat 8 Bulan Sahaja

Gambar diambil oleh Syamil Irfan
Entah apa rasanya perasaan Miza ini bila dimaklumkan putera yang kecil sudah tidak mahu menyusu EBM yang Miza bekalkan setiap hari. Entah dimana silap percaturan Miza. Memandangkan Syakir sudah berusia melebihi 6 bulan, maka makanan pejal telah diperkenalkan kepada dia. Dia hanya berbekalkan bubur nasi sebagai sumber makananya, bukan lagi susu ibu.

Maka terjawablah persoalan kenapa susu Syakir banyak yang berbaki. Lima botol x 3.5 oz bagi setiap botol yang Miza bekalkan setiap hari. Bakinya 2-3 botol lagi yang tidak berusik. Semalam hanya sebotol yang terusik. Petang tadi, penjaga Syakir beritahu yang Syakir tidak mahu menyusu lagi. Bermacam-macam jenis puting yang dia cuba. Namun semuanya ditolak oleh Syakir.

Miza nyatakan kepada penjaga Syakir supaya campurkan EBM didalam bubur nasinya sahaja. InsyaAllah 'direct feeding' akan Miza teruskan.

2 comments:

  1. masalah yg sama laa dgn anak dara saya....taktau apa yg mereka rasa. syg tgk EBM! tp tetap teruskan mengepam demi nak pastikan supply berterusan!

    ReplyDelete
  2. Anak Puan dah setahun lebih... kira ok la juga...
    anak saya ni br 8 bulan...

    ReplyDelete