20 December 2011

Sebuah Hasrat

Blog merupakan medan perkongsian ilmu yang hebat jika digunakan dengan sebaik mungkin. Ia juga menjadi tempat luahan perasaan, tempat memberi pendapat, tempat bergosip dan pelbagai lagi. Ia bergantung kepada niat dan tujuan penulis blog berkenaan.

Isu keibubapaan dan pendidikan awal anak menjadi topik yang sangat menarik untuk ditekuni. Ianya yang sangat bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak. Kegagalan memberi pendidikan awal akan memberi kesan kepada pembentukan keperibadian anak dimasa akan datang.

Mengikut Islam, pendidikan anak-anak bermula daripada calon memilih ibu atau bapa kepada anak-anak tersebut. Kemudian pendidikan diteruskan bila siibu sedang mengandungkan anak. Sehinggalah proses kelahiran. Kemudian peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya menjadi dewasa.

Namun, blog perkongsian yang membincangkan khusus berkenaan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak-anak agak terhad. Sedangkan diluar sana ramai ibu bapa muda yang tercari-cari input untuk dipraktikkan didalam pendidikan anak-anak.

Hati terdetik ingin menulis berkenaan topik berkenaan khusus untuk rujukan dan panduan diri sendiri. Semoga ianya memberi manfaat.

”Ya Allah, permudahkan hasrat hambaMu ini. Ameen”.

No comments:

Post a Comment