21 February 2012

Nikmat Kesihatan

Berada di dalam kawasan hospital membolehkan kita melihat pelbagai jenis ragam orang sakit. Ada yang bertongkat, berkerusi roda dan pelbagai lagi.

Setiap kali terpandang anak-anak kecil yang datang membuat rawatan, hati terus terkenang anak yang ditinggalkan dibawah jagaan taska. Hati berdetik, selamatkah mereka?. Lantas doa dipanjatkan semoga anak-anak dilindungi daripada kecederaan yang memudaratkan.

Melihat mereka yang sakit, seharusnya kita bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. Dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Boleh membesar sempurna dihadapan kita.

Lantas, nikmat manakah yang ingin didustakan?

20 February 2012

Kerja Keras

“Amizah, saya berjaya dalam temuduga tempoh hari dan saya dikehendaki menghadiri kursus selama seminggu”.

Boss maklumakan petang tadi.

Hati berkata-kata, “WOW!”

Juga merungut, “Seminggu?!, alamak banyaknya program yang perlu dijadualkan semula”

Esok, saya kena bekerja keras menjadualkan semula program boss.

18 February 2012

Elaun Jahitan

Akhirnya golongan yang bijak bistari mendapat jawapannya.

“Jika hendak buat tuntutan elaun jahitan, pastikan bawa resit bersama baju yang telah dijahit”
“Jangan bawa resit yang dibeli dimana-mana kedai jahit”

Begitulah lebih kurang ayat boss dalam ucapan perhimpunan bulanan ini.

Kenapa boss berucap sedemikian. Ini disebabkan banyaknya aduan berkenaan pihak pengurusan tidak membayar elaun jahitan mereka. Aduan tersebut datang dalam pelbagai sumber. Ada daripada akhbar, jabatan kesihatan negeri  juga daripada kementerian. Juga yang paling bagusnya bila aduan tersebut datang daripada SPRM. Seolah2 pihak pengurusan mengsonglap duit tersebut.

Yang sebenarnya berlaku adalah kain tidak dibekalkan kepada anggota dan bagi menuntut elaun jahitan, kain terlebih dahulu hendaklah dibekalkan. Jika kain tidak dibekalkan, bagaimana anggota boleh menuntut elaun jahitan. Adakah mereka membeli kain sendiri?

Selamat menunut elaun jahitan kalian!

06 February 2012

Mengenali Haiwan Rimba

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Kami sekeluarga berhujung minggu di Zoo Negara. Membawa Syamil & Syakir mengenali haiwan rimba. Sekadar memenuhi cuti hujung minggu yang panjang. Paling tidak anak-anak beraktiviti. Tidaklah terperap sahaja di rumah.

Beberapa keping gambar yang sempat disnap.

Banyaknya burung....

Ok tak macam ni mama?

Syamil nak tidur la mama, Syamil dah penat.

Ada kuda belang kan mama..