11 January 2013

Mama, nak belajar!

Malam tadi, Syamil minta saya mengajarnya abc dan membuat aktiviti di dalam buku yang saya belikan minggu lepas. Bagi meraikan hasratnya, saya meninggalkan kerja yang sepatutnya saya buat dan terus mengambil buku dan membuat aktiviti bersama Syamil.

“Cuba Syamil buat yang ini”. Saya menunjukkan lembaran kerja yang sepatutnya dia buat. “Syamil tak pandai”. Tersentak saya mendengar jawapannya. Saya kemudian berkata, “Tidak mengapa, kalau tidak pandai, boleh belajar, nanti mama ajarkan”. “Belajar pun tidak pandai juga.” Syamil membalas kembali.

Mendengar jawapan balasnya, hati saya bertambah gusar. Saya merasakan Syamil mempunya konsep diri yang rendah, tidak berani mencuba dan takut mengambil risiko. Sepatutnya kanak-kanak seusianya galak meneroka perkara-perkara baru dan tidak menghiraukan kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan.

Menyedari akan hal itu, pasti ada sesuatu yang pincang sepanjang saya mendidiknya. Mungkin saya banyak menggunakan belaian negatif dan terlalu banyak JANGAN sepanjang dia membesar.

Teknik Mendorong Pelajar Corot segera menjelma didalam fikiran. Saya tahu, saya sudah peringkat wajib mengaplikasikan teknik tersebut. Ada seorang pelajar corot yang rendah esteemnya yang perlu saya bantu.

No comments:

Post a Comment