24 January 2011

Blog Walking

Hari ini Miza memutuskan untuk memulakan “blog walking” sebagai salah satu marketing untuk blog MyzaBrooch Collection. Pada mulanya, Miza ingin memulakan aktiviti promosi ini selepas habis pantang. Tetapi Miza takut ia bermula agak lewat. So malam ni Miza mulakan aktiviti blog walking ini.

Apa hasilnya atas usaha sehari ini, Miza tak kisah sangat. Ia hanya permulaan pada satu perjalanan yang panjang. Miza ingin perniagaan ini Berjaya. Walau ia berjalan lambat, itu adalah lebih baik daripada tidak memulakan langsung.

Kelewatan ini juga dipengaruhi oleh kengkangan kerja & tugas2 rutin seharian di rumah. Namun, itu bukan alas an untuk tidak memulakan.

Oh ya, Miza juga akan membuka ‘booth’ sempena Pesta Jualan Puspanita & Kelab Kebajikan Pekerja di tempat kerja. Ini merupakan percubaan pertama membuka booth di sana. Harap2 mendapat sambutan hendaknya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment