29 January 2011

Celoteh Hujung Minggu

Chiken Pox

Hujung minggu yang mungkin membosankan bagi aku la kot. Hubby dah 3 hari kena chicken pox, terlentang tido je. Katanya habis sakit2 badan. Aku pula tak pernah kena chiken pox.So, tak tahu cemana rasa sakit2 badan tu.  Masa kecil2 dulu, aku tak pasti la sama ada pernah kena atau tak. Sebenarnya virus chicken pox ni di bawa oleh anak aku dari taskanya. 2 minggu lepas dia yang kena, 2 hari gak aku ambik cuti menjaga dia. Minggu ni giliran hubby aku lak. Aku gak yang jaga dia, sape lagikan.  Aku harap aku tak terkena virus ni. Yer la, dengan aku tengah preknen, kena lak chiken pox. Adui tak dapat aku nak bayangkan. Membawa perut ni pun, aku sakit2 badan. Ni pula kalau terkena chiken pox. Harap2 tak terjangkit pada aku la. Ok, habis pasal chiken pox.

Pesta Jualan HSB. 

Biasanya diadakan setiap bulan untuk mengisi tabung Puspanita & Kelab Kebajikan Pekerja. Setiap peniaga akan dikenakan sejumlah bayaran untuk membuka booth di sana. Kali ini aku mengambil bahagian membuka booth. Sebenarnya kawan aku mempelawa untuk berkongsi dengan booth dengan dia, aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus sahaja bersetuju. Kami berkongsi 4 orang. Hasil jualan hari pertama amat memberangsangkan, hari kedua tidak mendapat sambutan. Hari ketiga, aku terus melelong brooch2 tu. Sebenarnya, aku memang hendah lelong brooch tu. Sebab aku dah nak bercuti panjang. Daripada aku simpan stok2 brooch tu, baik aku tukar dalam bentuk tunai. Walau tak banyak. Paling tidak stok aku berjalan.

Ok, aku rasa setakat ni dulu aku nak berceloteh dalam blog ni. Sampai jumpa lagi.

Sekian.

2 comments:

  1. ooh...sayangnya saya x dapat join hari lelong tu, sbb bercuti la jgk - kes anak tak sihat! ada lagi yg cun??

    ReplyDelete
  2. hehehe... tak pe Pn.. akan ada edisi lain...
    tp bukan buat masa terdekat la..

    ReplyDelete