28 March 2011

Syakir Sudah Sebulan

Saya sudah sebulan
Anak mama sudah sebulan. Sekejap sahaja waktu berlalu. Mama masih terasa yang baru sangat mama melahirkan Syakir. Masih terbayang-bayang saat-saat getir melahirkan Syakir. Masih teringat-ingat jururawat memperlihatkan jantina Syakir dan terus membawa Syakir ke NICU. 

Namun itu semua sebulan yang lepas. Anak mama kini sihat, membesar bagaikan juara. Mama sangat bersyukur, Syakir dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Walaupun pada peringkat awal tidak begitu baik. Dalam usia sebulan, berat Syakir sudah mencecah 3.6kg.

Syakir menyusu sepenuhnya susu mama. Mama sekali-kali  tidak akan mencampurkan dengan susu formula. Anak mama adalah anugerah. Seharusnya anugerah ini mama jaga dengan sebaiknya. Sebaik-baik susu adalah susu mama.

Alhamdulillah, hari ini mama memulakan sesi memerah susu untuk dijadikan stok susu Syakir apabila mama mula berkerja nanti. Sesi pertama, mama hanya mendapat 1.5oz & sesi kedua 1oz. Semua sesi pemerahan itu mama lakukan selepas menyusukan Syakir. Setelah pasti anak mama telah kenyang, barulah mama mula memerah susu.

No comments:

Post a Comment