14 May 2011

Miza Pun Demam

Sambungan entri lepas.

Disebabkan Miza menyedut segala hingusan Syakir bagi mengurangkan mukus di dalam hidungnya. Miza juga terkena jangkitan bakteria tersebut. Beberapa hari selepas Syakir demam, Miza pula yang demam. Miza sekadar menikmati demam tersebut. Tidak berusaha mengambil apa-apa ubat. Pertamanya, Miza takut memberi kesan kepada susu badan. Risau akan memberi kesan yang tak elok pada Syakir. Keduanya, bagi membolehkan badan Miza mengeluarkan antibodi yang kuat bagi melawan demam dan dapat disalurkan pada Syakir melalui susu ibu yang pastinya. Seterusnya membolehkan Syakir sembuh sepenuhnya daripada demam.

Hebatnya susu ibu. Pada hari Miza demam, setelah menyusukan Syakir beberapa kali. Akhirnya Syakir sembuh sepenuhnya daripada demam. Ibu mana yang tidak risau jika anaknya demam beberapa hari. Suhu badan asyik naik turun sahaja. Bila demam Syakir kebah, Miza rasa lega sangat dan rasa berbaloi dengan demam yang Allah bagi tu. Alhamdulillah...

Menikmati demam yang Allah titipkan. Seluruh badan berasa sakit-sakit. Terasa sangat sukar bila Allah menarik nikmat kesihatan. Lebih-lebih lagi ketika menjaga anak kecil yang juga tidak sihat. Kali terakhir demam ketika berpantangkan Syamil. Itupun sebab silap makan. Demam pun sekadar badan terasa panas sahaja bukannya sakit seluruh badan.

Apapun syukur kepada Allah, Dia bagi demam pada ibu tetapi bagi kesembuhan pada anak.

5 comments:

  1. saya pun taksuka ambil ubat, biar antibodi badan lawan virus demam tu dgn sendirinya. sbb tu kot anak2 pun tak suka mkn ubat (^_-)

    ReplyDelete
  2. syamil pun sama, x suka ambik ubat....

    ReplyDelete
  3. pasnie..syakir lak kna jaga mama dia...hehe
    jgn lupa mkn ubat ikut masa yew..hehe

    ReplyDelete
  4. ain,
    Syakir lambat lagi nak kena jaga mama dia...
    demam2 pun kena urus syakir... huhuhu...

    ReplyDelete