08 July 2012

Car Boot Sale BTP - Kali pertama

Alhamdulillah, saya dapat juga menyertai Jualan Bonet Kereta ini. Pada mulanya kami seakan akan membatalkan rancangan tersebut, memandangkan awal paginya dan membawa ke pagi. Namun menjelang 7.00 pagi, hujan semakin reda dan kami memutuskan untuk meneruskan rancangan asal kami.

Sememangnya barang telah kami siap daripada awal lagi. Hanya mengambil dan memasukkan ke dalam bonet kereta. Anak-anak sangat teruja, sebab dapat keluar menaiki kereta seawal pagi.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 8.20 pagi. Kami terus membuka meja lipat dan menyusun kerongsang seadanya. 

Memandangkan awal paginya hujan, maka jalan masih lagi kebasahan. Namun itu tidak menghalang kebanyakan penjual untuk meneruskan Jualan Bonet Kereta. Kelihatan mereka tekun menyusun dan mempamerkan barang jualan masing-masing.

Awalnya seperti tiada sambutan. Namun menjelang pukul 10.00 pagi sudah ramai yang berkunjung. Ada yang sekadar "window shopping", tidak kurang juga yang membeli. Di Jualan Bonet Kereta kami, alhamdulillah ada juga yang membeli.

Itu sudah memadai untuk jualan kami kali pertama. InsyaAllah, kami akan sertai lagi.

Sekian.

3 comments:

  1. bagus juga ye. semoga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
  2. tahniah kak miza...saya sokong akak....sy tak sempat pegi sbb terlupa ade xtvt lain yang dijanjikan..

    ReplyDelete
  3. Cik Nor, terima kasih singgah sini dan atas doanya. Semoga Cik Nor pun dimurahkan rezeki juga.

    Reen, tak pe, lain kali boleh datang lagi. InsyaAllah, ia akan jd aktiviti hujung minggu kami. Kom arr join skali, org jual coklat xde lg tau... hehehe...

    ReplyDelete