29 January 2011

Celoteh Hujung Minggu

Chiken Pox

Hujung minggu yang mungkin membosankan bagi aku la kot. Hubby dah 3 hari kena chicken pox, terlentang tido je. Katanya habis sakit2 badan. Aku pula tak pernah kena chiken pox.So, tak tahu cemana rasa sakit2 badan tu.  Masa kecil2 dulu, aku tak pasti la sama ada pernah kena atau tak. Sebenarnya virus chicken pox ni di bawa oleh anak aku dari taskanya. 2 minggu lepas dia yang kena, 2 hari gak aku ambik cuti menjaga dia. Minggu ni giliran hubby aku lak. Aku gak yang jaga dia, sape lagikan.  Aku harap aku tak terkena virus ni. Yer la, dengan aku tengah preknen, kena lak chiken pox. Adui tak dapat aku nak bayangkan. Membawa perut ni pun, aku sakit2 badan. Ni pula kalau terkena chiken pox. Harap2 tak terjangkit pada aku la. Ok, habis pasal chiken pox.

Pesta Jualan HSB. 

Biasanya diadakan setiap bulan untuk mengisi tabung Puspanita & Kelab Kebajikan Pekerja. Setiap peniaga akan dikenakan sejumlah bayaran untuk membuka booth di sana. Kali ini aku mengambil bahagian membuka booth. Sebenarnya kawan aku mempelawa untuk berkongsi dengan booth dengan dia, aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus sahaja bersetuju. Kami berkongsi 4 orang. Hasil jualan hari pertama amat memberangsangkan, hari kedua tidak mendapat sambutan. Hari ketiga, aku terus melelong brooch2 tu. Sebenarnya, aku memang hendah lelong brooch tu. Sebab aku dah nak bercuti panjang. Daripada aku simpan stok2 brooch tu, baik aku tukar dalam bentuk tunai. Walau tak banyak. Paling tidak stok aku berjalan.

Ok, aku rasa setakat ni dulu aku nak berceloteh dalam blog ni. Sampai jumpa lagi.

Sekian.

24 January 2011

Blog Walking

Hari ini Miza memutuskan untuk memulakan “blog walking” sebagai salah satu marketing untuk blog MyzaBrooch Collection. Pada mulanya, Miza ingin memulakan aktiviti promosi ini selepas habis pantang. Tetapi Miza takut ia bermula agak lewat. So malam ni Miza mulakan aktiviti blog walking ini.

Apa hasilnya atas usaha sehari ini, Miza tak kisah sangat. Ia hanya permulaan pada satu perjalanan yang panjang. Miza ingin perniagaan ini Berjaya. Walau ia berjalan lambat, itu adalah lebih baik daripada tidak memulakan langsung.

Kelewatan ini juga dipengaruhi oleh kengkangan kerja & tugas2 rutin seharian di rumah. Namun, itu bukan alas an untuk tidak memulakan.

Oh ya, Miza juga akan membuka ‘booth’ sempena Pesta Jualan Puspanita & Kelab Kebajikan Pekerja di tempat kerja. Ini merupakan percubaan pertama membuka booth di sana. Harap2 mendapat sambutan hendaknya.

Sekian.

16 January 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Perkenalan

Ini merupakan posting Miza yang pertama. Blog ini merupakan blog peribadi Miza. Ceritanya sekitar kehidupan seharian. Kisah seorang isteri, ibu dan pekerja.

Sebuah catatan kehidupan buat  tatapan anak-anak di hari mendatang. Pada pendapat Miza coretan ini penting buat khazanah mereka.

Apa yang Miza risaukan kemampuan untuk memastikan blog ini terus wujud dipersada maya.

Doakan ia berjaya ya.