05 November 2011

Dalam Persimpangan

Akhirnya Miza memutuskan untuk memadamkan semua entri di dalam blogshop. Sebenarnya Miza keliru dengan pengurusan produk. Yang mana patut didahulukan dan dikemudiankan. Buat makluman, Miza ada jualan brooch secara kecil-kecilan di pejabat. Miza mula menjualnya bermula Februari 2010 dan sehingga kini. Miza berhasrat untuk menjual secara online juga.

Ia menjadi isu bila Miza tidak tahu yang mana patut Miza dahulukan. Adakah menjual dahulu di pejabat dan bakinya dimasukkan ke dalam blog dan fan page atau masukkan gambar ke dalam blog dan fan page terlebih dahulu dan kemudiannya dijual di pejabat.

Sekiranya Miza membawa brooch ke pejabat terlebih dahulu, tidak semua brooch dapat diambil gambarnya untuk dimasukkan ke dalam blog dan fan page. Ia juga akan bergerak daripada satu jabatan ke jabatan yang lain. Ia agar sukar untuk memastikan stok yang ada untuk diletakkan status di dalam blogshop dan fan page . Keadaan ini menyebabkan  Blogshop dan fan page Miza  kelihatan usang dan bersawang kerana kelihatan seperti tiada stok dan tidak dikemaskini. Juga menggambarkan peniaganya tidak bersungguh-sungguh. Walhal stok brooch sememangnya akan ditambah setiap bulan.

Sekiranya Miza memutuskan untuk 'upload' gambar ke dalam blog dan fan page. Biasanya gambar tersebut akan menjadi pekasam. Sebab Miza selalu menangguhkan untuk mengambil gambarnya. Disebabkan oleh pelbagai faktor yang menyebabkan Miza menangguhkan untuk mengambil gambarnya. Masa merupakan sebab yang utama. Hanya hujung minggu sahaja Miza boleh melapangkan masa untuk mengambil gambar. Itu pun jika tidak diganggu oleh anak-anak. Iaitu sewaktu mereka sedang tidur. Berapa lama sangat masa yang adakan? Adalah menjadi naluri anak untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh ibu mereka. 

Akhirnya Miza mengalah dan membawa semua brooch itu ke pejabat dan menjualnya seperti biasa. Begitulah senario yang berlaku dalam beberapa bulan ini.

Apapun Miza ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidiladha. Tahun ini kami beraya di Rawang Selangor sahaja.

04 November 2011

Training Cup

Alhamdulillah, Miza merasa lega sedikit. Hari ini Miza dapat bercakap dengan Sister yang menjadi nadi kepada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu di hospital tempat Miza bertugas. Miza bercerita, mengadu dan meminta pendapat sebenarnya berkenaan isu Syakir sepertimana yang tertulis dalam entri semalam.

Miza meminta pendapat beliau, bagaimana untuk mengatasi keadaan tersebut. Patutkah Miza berhentikan terus pemberian ebm pada waktu siang. Beliau tidak mengesyorkan pemberian ebm diberhentikan sewaktu di taska, memandangkan syakir masih lagi kecil dan susu ibu masih merupakan makanan utama bagi seorang bayi.

Beliau mencadangkan agar Miza cuba bagi ebm dengan kaedah lain. Misalnya dengan memberi melalui ’feeding cup’, ’training cup’ atau kaedah lain selain botol susu yang menggunakan puting tiruan. Beliau juga mengesyorkan agar Miza memberi ebm sewaktu berada dirumah di waktu siang sahaja dan meneruskan ’direct feeding’ pada waktu malam.

InsyaAllah Miza cuba mengikuti saranan tersebut. harap-harap isu ini tidak berpanjangan.

03 November 2011

Setakat 8 Bulan Sahaja

Gambar diambil oleh Syamil Irfan
Entah apa rasanya perasaan Miza ini bila dimaklumkan putera yang kecil sudah tidak mahu menyusu EBM yang Miza bekalkan setiap hari. Entah dimana silap percaturan Miza. Memandangkan Syakir sudah berusia melebihi 6 bulan, maka makanan pejal telah diperkenalkan kepada dia. Dia hanya berbekalkan bubur nasi sebagai sumber makananya, bukan lagi susu ibu.

Maka terjawablah persoalan kenapa susu Syakir banyak yang berbaki. Lima botol x 3.5 oz bagi setiap botol yang Miza bekalkan setiap hari. Bakinya 2-3 botol lagi yang tidak berusik. Semalam hanya sebotol yang terusik. Petang tadi, penjaga Syakir beritahu yang Syakir tidak mahu menyusu lagi. Bermacam-macam jenis puting yang dia cuba. Namun semuanya ditolak oleh Syakir.

Miza nyatakan kepada penjaga Syakir supaya campurkan EBM didalam bubur nasinya sahaja. InsyaAllah 'direct feeding' akan Miza teruskan.